PowerPoint 2016
Panduan
Mula Ringkas
Pengguna baru PowerPoint 2016 atau menaik taraf dari
versi sebelumnya? Gunakan panduan ini untuk mempelajari asasnya.
ڤوويرڤوينت
2016
ڤندوان مولا ريڠكس
ڤڠڬونا بارو ڤوويرڤوينت 2016 اتاو مناءيق تارف دري ۏرسي سبلومڽ؟ ڬوناكن ڤندوان اين اونتوق ممڤلاجري اساسڽ.
ڤندوان مولا ريڠكس
ڤڠڬونا بارو ڤوويرڤوينت 2016 اتاو مناءيق تارف دري ۏرسي سبلومڽ؟ ڬوناكن ڤندوان اين اونتوق ممڤلاجري اساسڽ.
Mencipta
sesuatu
Bermula dengan Persembahan Kosong untuk terus mula
bekerja. Atau jimatkan masa anda dengan memilih kemudian menyesuaikan templat
yang menyerupai perkara yang anda inginkan. Klik Fail > Baru kemudian pilih atau cari templat yang anda inginkan.
Mencari
fail terbaru
Sama ada anda hanya bekerja
dengan fail yang disimpan pada pemacu keras setempat PC anda atau anda merayau
merentasi pelbagai perkhidmatan awan,
klik Fail > Buka membawa anda kepada
persembahan anda yang digunakan barubaru ini dan sebarang fail yang mungkin
anda telah pin pada senarai anda.
Kekal
berhubung
Perlu bekerja semasa dalam
perjalanan dan merentasi peranti yang berbeza? Klik Fail > Akaun untuk mendaftar masuk dan mencapai fail yang anda
gunakan baru-baru ini di mana-mana sahaja pada sebarang peranti melalui
penyepaduan yang lancar antara Office,
OneDrive, OneDrive for Business dan SharePoint.
Mengesetkan
keutamaan anda
Sesuatu tidak berfungsi
seperti yang dijangkakan? Mudah sahaja untuk mengubah dan menyesuaikan opsyen
pada bila-bila masa. Klik Fail >
Opsyen kemudian sediakan PowerPoint
2016 mengikut cara yang anda inginkan.
Mengubah
tataletak anda
Persembahan yang baik
menyesuaikan strukturnya mengikut hujah yang sedang ditampilkan. Bertukar
tataletak dengan segera agar ia sepadan, secara tersurat atau tersirat. Pada tab Rumah, klik Tataletak kemudian semak
lalu opsyen yang tersedia. Slaid baru akan menerima pilihan semasa anda yang
anda boleh gantikan dengan yang baru secara mudah.
Memformatkan
bentuk dengan tepat
Mencapai pemformatan gambar,
bentuk dan objek yang tepat dengan alat pemformatan yang menyeluruh dalam PowerPoint. Bermula dengan membuat pilihan
pada slaid semasa anda. Pada tab Rumah,
di penjuru bawah kanan kumpulan reben Lukisan, klik butang Format Bentuk untuk membuka bar
tugas.
Menjadikan
nota slaid mudah dicapai
Pengalaman persembahan
berasaskan fakta yang bagus adalah data yang menyokong hujah anda. Elakkan
daripada membebankan hadirin anda dengan memuatkan setiap butiran pada bahagian
depan dalam dek anda. Sebaliknya,letakkan fakta dan rajah penting dalam anak
tetingkap Notauntuk carian mudah — sama
ada semasa anda berlatih atau semasa anda sedang membuat pembentangan.
Berkongsi
kerja anda dengan individu lain
Untuk menjemput individu lain
untuk melihat atau mengedit persembahan anda dalam awan, klik butang Kongsi di
penjuru atas kanan tetingkap aplikasi. Dalam anak tetingkap Kongsi yang terbuka,
anda boleh mendapatkan pautan perkongsian atau menghantar jemputan kepada
individu yang anda pilih.
Dapatkan
bantuan PawePoin
Taipkan kata kunci atau frasa
ke dalam kotak Beritahu saya perkara
yang anda ingin lakukan pada reben
untuk mencari ciri dan perintah PowerPoint
yang anda inginkan, baca kandungan Bantuan
dalam talian kami atau lakukan Carian
Pintar pada Web.
No comments:
Post a Comment