Excel 2016
Panduan
Mula Ringkas
Pengguna baru Excel 2016 atau menaik taraf dari versi
sebelumnya? Gunakan panduan ini untuk mempelajari asasnya.
Mencipta
sesuatu
Bermula dengan Buku kerja
kosong untuk terus mula bekerja. Atau jimatkan masa anda dengan memilih
kemudian menyesuaikan templat yang menyerupai perkara yang anda inginkan. Klik Fail > Baru kemudian pilih atau cari
templat yang anda inginkan.
Mencari
fail terbaru
Sama ada anda hanya
mengendalikan fail yang disimpan pada pemacu keras setempat PC anda atau anda
merayau merentasi pelbagai perkhidmatan awan,
mengklik Fail > Buka membawa anda
kepada dokumen yang anda gunakan barubaru ini dan sebarang fail yang anda telah
pinkan pada senarai anda.
Kekal
berhubung
Perlu bekerja semasa dalam
perjalanan dan merentasi peranti yang berbeza? Klik Fail > Akaun untuk mendaftar masuk dan mencapai fail yang anda
gunakan baru-baru ini di mana-mana sahaja pada sebarang peranti melalui
penyepaduan yang lancar antara Office,
OneDrive, OneDrive for Business dan SharePoint.
Mengesetkan
keutamaan anda
Sesuatu tidak berfungsi
seperti yang dijangkakan? Mudah sahaja untuk mengubah dan menyesuaikan opsyen
pada bila-bila masa. Klik Fail >
Opsyen kemudian sediakan Excel 2016
mengikut cara yang anda inginkan.
Menerokai
perintah kontekstual
Anda boleh menjadikan
perintah reben kontekstual tersedia dengan memilih objek yang relevan dalam buku kerja anda. Contohnya, mengklik
unsur carta memaparkan tab Alat Jadual
dan mengklik mana-mana gambar selitan memaparkan tab Alat Gambar.
Menyelitkan
fungsi, membina formula
Pada tab Formula, klik Selitkan Fungsi untuk memaparkan anak tetingkap Pembina Formula. Di sini, anda boleh
mencari dan menyelitkan fungsi, mencari sintaks yang betul dan dapatkan Bantuan yang terperinci tentang fungsi
terpilih anda.
Berkongsi
kerja anda dengan individu lain
Untuk menjemput individu lain
untuk melihat atau mengedit buku kerja
anda dalam awan, klik butang Kongsi
di penjuru atas kanan tetingkap aplikasi. Dalam anak tetingkap Kongsi yang
terbuka, anda boleh mendapatkan pautan perkongsian atau menghantar jemputan kepada
individu yang anda pilih.
Dapatkan
bantuan untuk Excel
Taipkan kata kunci atau frasa
ke dalam kotak Beritahu saya perkara
yang anda ingin lakukan pada reben
untuk mencari ciri dan perintah Excel
yang anda inginkan, baca kandungan Bantuan dalam talian kami atau lakukan Carian Pintar pada Web untuk kawasan lanjut.
No comments:
Post a Comment