IKLAN NUFFNANG (klik je...) - (..اكلان نوففنڠ ﴿كليك ج

Word 2016

Word 2016

Panduan Mula Ringkas

Pengguna baru Word 2016 atau menaik taraf dari versi sebelumnya? Gunakan panduan ini untuk mempelajari asasnya.



Mencipta sesuatu

Bermula dengan Dokumen kosong untuk terus mula bekerja. Atau jimatkan masa anda dengan memilih kemudian menyesuaikan templat yang menyerupai perkara yang anda inginkan. Klik Fail > Baru kemudian pilih atau cari templat yang anda inginkan.


 Mencari fail terbaru

Sama ada anda hanya mengendalikan fail yang disimpan pada pemacu keras setempat PC anda atau anda merayau merentasi pelbagai perkhidmatan awan, mengklik Fail > Buka membawa anda kepada dokumen yang anda gunakan baru-baru ini dan sebarang fail yang anda telah pinkan pada senarai anda.


Kekal berhubung

Perlu bekerja semasa dalam perjalanan dan merentasi peranti yang berbeza? Klik Fail > Akaun untuk mendaftar masuk dan mencapai fail yang anda gunakan barubaru ini di mana-mana sahaja pada sebarang peranti melalui penyepaduan yang lancar antara Office, OneDrive, OneDrive for Business dan SharePoint.


 Mengesetkan keutamaan anda

Sesuatu tidak berfungsi seperti yang dijangkakan? Mudah sahaja untuk mengubah dan menyesuaikan opsyen pada bila-bila masa. Klik Fail > Opsyen kemudian sediakan Word 2016 mengikut cara yang anda inginkan.


Menerokai perintah kontekstual

Anda boleh menjadikan perintah reben kontekstual tersedia dengan memilih objek yang relevan dalam dokumen anda. Contohnya, mengklik dalam jadual memaparkan tab Alat Jadual dan mengklik mana-mana gambar yang diselitkan akan memaparkan tab Alat Gambar.


 Memformatkan dokumen dengan gaya

Pada tab Rumah, di penjuru bawah kanan galeri Gaya, klik anak panah kecil untuk membuka anak tetingkap Gaya  yang anda boleh mencipta, menggunakan dan menyemak semula gaya pemformatan dalam dokumen semasa anda secara visual.


Berkongsi kerja anda dengan individu lain

Untuk menjemput individu lain untuk melihat atau mengedit dokumen anda dalam awan, klik butang Kongsi di penjuru atas kanan tetingkap aplikasi. Dalam anak tetingkap Kongsi yang terbuka, anda boleh mendapatkan pautan perkongsian atau menghantar jemputan kepada individu yang anda pilih.


Dapatkan bantuan untuk Word

Taipkan kata kunci atau frasa ke dalam kotak Beritahu saya perkara yang anda ingin lakukan pada reben untuk mencari ciri dan perintah Word yang anda inginkan, baca kandungan Bantuan dalam talian kami atau lakukan Carian Pintar pada Web untuk kawasan lanjut.



No comments:

Post a Comment