IKLAN NUFFNANG (klik je...) - (..اكلان نوففنڠ ﴿كليك ج

OneNote 2016

OneNote 2016

Panduan Mula Ringkas

Pengguna baru OneNote 2016 atau menaik taraf dari versi sebelumnya? Gunakan panduan ini untuk mempelajari asasnya.

 Mencapai nota anda di manamana sahaja

Apa gunanya nota, pelan dan idea jika ia terperangkap pada pemacu keras? Pastikan buku nota anda tersedia kepada anda dengan mendaftar masuk menggunakan akaun Microsoft percuma apabila anda memulakan OneNote buat kali pertama pada PC anda. Terdapat juga aplikasi OneNote percuma bagi semua peranti keutamaan anda untuk kekal disegerakkan di mana jua anda berada.


 Tidak lagi kehabisan kertas

OneNote tidak mempunyai sebarang had seperti buku nota kertas tradisional. Apabila anda  kekurangan ruang, anda boleh hasilkan lebih banyak ruang. Untuk mencipta halaman baru dalam seksyen semasa, klik butang (+) Tambah Halaman di bahagian atas lajur tab halaman. Anda juga boleh klik kanan manamana tab halaman kemudian klik Halaman Baru atau tekan Ctrl+N pada papan kekunci anda.

Untuk mencipta seksyen baru dalam buku nota semasa, klik tab kecil dengan tanda tambah [+] di sebelah kanan bar tab seksyen atau klik kanan mana-mana tab seksyen kemudian klik Seksyen Baru.

Apabila anda melancarkan OneNote buat kali pertama, buku nota lalai dengan seksyen Nota Pantas dicipta untuk anda, tetapi anda boleh mencipta sebarang bilangan buku nota tambahan untuk subjek dan projek yang anda inginkan dengan mengklik Fail > Baru.


Anda boleh mencipta buku nota baru pada pemacu keras setempat anda atau anda boleh menyimpannya pada akaun OneDrive percuma anda agar nota anda sentiasa boleh dicapai pada semua peranti anda. Pilihan dalam tangan anda!

Menambahkan tag pada nota terpilih

Galeri Tag pada tab Rumah membolehkan anda mengutamakan atau mengkategorikan nota terpilih secara visual. Nota yang ditag ditandakan dengan ikon yang menggesa anda untuk melakukan susulan pada item tindakan penting anda atau untuk menyemak tugas yang telah selesai pada senarai tugasan anda.


 Mengatur maklumat dalam jadual

Sekiranya hamparan mengandungi terlampau banyak maklumat, gunakan jadual OneNote yang ringkas untuk memudahkan pemahaman. Bermula pada baris teks baru dengan menaipkan perkataan, frasa atau nombor kemudian menekan kekunci Tab untuk mencipta lajur berikut. Tekan Enter untuk mencipta baris yang baru. Secara alternatifnya, anda boleh klik Selitkan > Jadual pada reben untuk melukis jadual. Sebaik sahaja jadual anda dicipta dan dipilih, gunakan perintah pada tab Alat Jadual pada reben atau klik kanan mana-mana bahagian jadual anda untuk opsyen Jadual yang sama.


 Mencipta hiperpautan gaya wiki

Mengubah buku nota anda kepada wiki kefungsian dengan mencipta seksyen atau halaman tertentu. Klik kanan tab seksyen atau halaman yang pautan harus tujukan. Seterusnya, klik Salin Pautan ke Seksyen atau Salin Pautan ke Halaman kemudian tampal pautan di mana-mana tempat yang anda inginkan.


 Menyalin teks daripada gambar

OneNote boleh mengecam teks dalam gambar. Pada mana-mana halaman, selitkan gambar yang mengandungi teks mudah dibaca (contohnya, foto sekeping resit dari telefon bimbit) klik kanan gambar, klik Salin Teks daripada Gambar kemudian tampal teks yang telah disalin di tempat yang anda inginkan.


Berkongsi kerja anda dengan individu lain

Dalam OneNote, buku nota berasaskan awan anda kekal sulit melainkan anda memilih untuk menjemput individu lain untuk melihat atau mengedit maklumat dalam buku nota semasa. Untuk mula bekerjasama dengan individu lain, klik Fail > Kongsi kemudian pilih perkara yang anda ingin lakukan.

 Dapatkan bantuan untuk OneNote

Pada reben, klik butang ? untuk membuka tetingkap Bantuan OneNote 2016 yang anda boleh masukkan kata kunci atau frasa untuk mencari bantuan dengan ciri, perintah dan tugas OneNote.

 

No comments:

Post a Comment