IKLAN NUFFNANG (klik je...) - (..اكلان نوففنڠ ﴿كليك ج

Showing posts with label Microsoft Office 2016. Show all posts
Showing posts with label Microsoft Office 2016. Show all posts

Outlook 2016

Outlook 2016

Panduan Mula Ringkas

Pengguna baru Outlook 2016 atau menaik taraf dari versi sebelumnya? Gunakan panduan ini untuk mempelajari asasnya.

 Menyediakan akaun anda

Anda boleh menggunakan Outlook 2016 sebaik sahaja anda memasukkan maklumat akaun anda. Pada reben, klik Fail > Maklumat kemudian klik butang Tambah Akaun. Daftar masuk dengan alamat e-mel keutamaan anda atau menggunakan maklumat yang disediakan oleh syarikat atau sekolah anda.


 Mengatur mel dengan peraturan

Jika anda selalu menerima banyak e-mel daripada sumber yang berbeza, pertimbangkan untuk menyediakan peraturan yang memfailkan mesej secara automatik ke dalam folder mel yang anda telah cipta. Bermula dengan mengklik tab Atur kemudian klik Peraturan > Cipta Peraturan.


 Mencipta item baru

Dalam pandangan Mel, pada tab Rumah, klik E-mel Baru untuk mengubah mesej e-mel baru atau klik Item Baru dan pilih jenis item yang anda ingin cipta.
                                                                                           

 Bertukar antara pandangan

Outlook bukan sekadar untuk e-mel. Di bahagian bawah tetingkap aplikasi, anda boleh bertukar antara pandangan Mel, Kalendar, Individu, Tugas, Nota dan Folder untuk menguruskan semua aspek kehidupan anda yang sibuk. Perintah pada reben akan bertukar untuk memadankan pandangan yang anda pilih, sama seperti maklumat yang akan ditunjukkan pada bar status Outlook di bahagian bawah tetingkap aplikasi.


 Outlook bukan sekadar untuk e-mel

Bertukar kepada pandangan lain untuk menguruskan semua aspek kehidupan anda yang sibuk.



 Mengesetkan keutamaan anda

Sesuatu tidak berfungsi seperti yang dijangkakan? Mudah sahaja untuk mengubah dan menyesuaikan opsyen pada bila-bila masa. Klik Fail > Opsyen kemudian sediakan Outlook 2016 mengikut cara yang anda inginkan.


 Dapatkan bantuan untuk Outlook

Taipkan kata kunci atau frasa ke dalam kotak Beritahu saya perkara yang anda ingin lakukan pada reben untuk mencari ciri dan perintah Outlook yang anda inginkan, baca kandungan Bantuan dalam talian kami atau lakukan Carian Pintar pada Web untuk wawasan lanjut.

OneNote 2016

OneNote 2016

Panduan Mula Ringkas

Pengguna baru OneNote 2016 atau menaik taraf dari versi sebelumnya? Gunakan panduan ini untuk mempelajari asasnya.

 Mencapai nota anda di manamana sahaja

Apa gunanya nota, pelan dan idea jika ia terperangkap pada pemacu keras? Pastikan buku nota anda tersedia kepada anda dengan mendaftar masuk menggunakan akaun Microsoft percuma apabila anda memulakan OneNote buat kali pertama pada PC anda. Terdapat juga aplikasi OneNote percuma bagi semua peranti keutamaan anda untuk kekal disegerakkan di mana jua anda berada.


 Tidak lagi kehabisan kertas

OneNote tidak mempunyai sebarang had seperti buku nota kertas tradisional. Apabila anda  kekurangan ruang, anda boleh hasilkan lebih banyak ruang. Untuk mencipta halaman baru dalam seksyen semasa, klik butang (+) Tambah Halaman di bahagian atas lajur tab halaman. Anda juga boleh klik kanan manamana tab halaman kemudian klik Halaman Baru atau tekan Ctrl+N pada papan kekunci anda.

Untuk mencipta seksyen baru dalam buku nota semasa, klik tab kecil dengan tanda tambah [+] di sebelah kanan bar tab seksyen atau klik kanan mana-mana tab seksyen kemudian klik Seksyen Baru.

Apabila anda melancarkan OneNote buat kali pertama, buku nota lalai dengan seksyen Nota Pantas dicipta untuk anda, tetapi anda boleh mencipta sebarang bilangan buku nota tambahan untuk subjek dan projek yang anda inginkan dengan mengklik Fail > Baru.


Anda boleh mencipta buku nota baru pada pemacu keras setempat anda atau anda boleh menyimpannya pada akaun OneDrive percuma anda agar nota anda sentiasa boleh dicapai pada semua peranti anda. Pilihan dalam tangan anda!

Menambahkan tag pada nota terpilih

Galeri Tag pada tab Rumah membolehkan anda mengutamakan atau mengkategorikan nota terpilih secara visual. Nota yang ditag ditandakan dengan ikon yang menggesa anda untuk melakukan susulan pada item tindakan penting anda atau untuk menyemak tugas yang telah selesai pada senarai tugasan anda.


 Mengatur maklumat dalam jadual

Sekiranya hamparan mengandungi terlampau banyak maklumat, gunakan jadual OneNote yang ringkas untuk memudahkan pemahaman. Bermula pada baris teks baru dengan menaipkan perkataan, frasa atau nombor kemudian menekan kekunci Tab untuk mencipta lajur berikut. Tekan Enter untuk mencipta baris yang baru. Secara alternatifnya, anda boleh klik Selitkan > Jadual pada reben untuk melukis jadual. Sebaik sahaja jadual anda dicipta dan dipilih, gunakan perintah pada tab Alat Jadual pada reben atau klik kanan mana-mana bahagian jadual anda untuk opsyen Jadual yang sama.


 Mencipta hiperpautan gaya wiki

Mengubah buku nota anda kepada wiki kefungsian dengan mencipta seksyen atau halaman tertentu. Klik kanan tab seksyen atau halaman yang pautan harus tujukan. Seterusnya, klik Salin Pautan ke Seksyen atau Salin Pautan ke Halaman kemudian tampal pautan di mana-mana tempat yang anda inginkan.


 Menyalin teks daripada gambar

OneNote boleh mengecam teks dalam gambar. Pada mana-mana halaman, selitkan gambar yang mengandungi teks mudah dibaca (contohnya, foto sekeping resit dari telefon bimbit) klik kanan gambar, klik Salin Teks daripada Gambar kemudian tampal teks yang telah disalin di tempat yang anda inginkan.


Berkongsi kerja anda dengan individu lain

Dalam OneNote, buku nota berasaskan awan anda kekal sulit melainkan anda memilih untuk menjemput individu lain untuk melihat atau mengedit maklumat dalam buku nota semasa. Untuk mula bekerjasama dengan individu lain, klik Fail > Kongsi kemudian pilih perkara yang anda ingin lakukan.

 Dapatkan bantuan untuk OneNote

Pada reben, klik butang ? untuk membuka tetingkap Bantuan OneNote 2016 yang anda boleh masukkan kata kunci atau frasa untuk mencari bantuan dengan ciri, perintah dan tugas OneNote.

 

PowerPoint 2016

PowerPoint 2016

Panduan Mula Ringkas

Pengguna baru PowerPoint 2016 atau menaik taraf dari versi sebelumnya? Gunakan panduan ini untuk mempelajari asasnya.

ڤوويرڤوينت 2016

ڤندوان مولا ريڠكس

ڤڠڬونا بارو ڤوويرڤوينت 2016 اتاو مناءيق تارف دري ۏرسي سبلومڽ؟ ڬوناكن ڤندوان اين اونتوق ممڤلاجري اساسڽ.


 Mencipta sesuatu

Bermula dengan Persembahan Kosong untuk terus mula bekerja. Atau jimatkan masa anda dengan memilih kemudian menyesuaikan templat yang menyerupai perkara yang anda inginkan. Klik Fail > Baru kemudian pilih atau cari templat yang anda inginkan.


 Mencari fail terbaru

Sama ada anda hanya bekerja dengan fail yang disimpan pada pemacu keras setempat PC anda atau anda merayau merentasi pelbagai perkhidmatan awan, klik Fail > Buka membawa anda kepada persembahan anda yang digunakan barubaru ini dan sebarang fail yang mungkin anda telah pin pada senarai anda.


 Kekal berhubung

Perlu bekerja semasa dalam perjalanan dan merentasi peranti yang berbeza? Klik Fail > Akaun untuk mendaftar masuk dan mencapai fail yang anda gunakan baru-baru ini di mana-mana sahaja pada sebarang peranti melalui penyepaduan yang lancar antara Office, OneDrive, OneDrive for Business dan SharePoint.


 Mengesetkan keutamaan anda

Sesuatu tidak berfungsi seperti yang dijangkakan? Mudah sahaja untuk mengubah dan menyesuaikan opsyen pada bila-bila masa. Klik Fail > Opsyen kemudian sediakan PowerPoint 2016 mengikut cara yang anda inginkan.


 Mengubah tataletak anda

Persembahan yang baik menyesuaikan strukturnya mengikut hujah yang sedang ditampilkan. Bertukar tataletak dengan segera agar ia sepadan, secara tersurat atau tersirat. Pada tab Rumah, klik Tataletak kemudian semak lalu opsyen yang tersedia. Slaid baru akan menerima pilihan semasa anda yang anda boleh gantikan dengan yang baru secara mudah.


 Memformatkan bentuk dengan tepat

Mencapai pemformatan gambar, bentuk dan objek yang tepat dengan alat pemformatan yang menyeluruh dalam PowerPoint. Bermula dengan membuat pilihan pada slaid semasa anda. Pada tab Rumah, di penjuru bawah kanan kumpulan reben Lukisan, klik butang Format Bentuk untuk membuka bar tugas.


 Menjadikan nota slaid mudah dicapai

Pengalaman persembahan berasaskan fakta yang bagus adalah data yang menyokong hujah anda. Elakkan daripada membebankan hadirin anda dengan memuatkan setiap butiran pada bahagian depan dalam dek anda. Sebaliknya,letakkan fakta dan rajah penting dalam anak tetingkap   Notauntuk carian mudah — sama ada semasa anda berlatih atau semasa anda sedang membuat pembentangan.


 Berkongsi kerja anda dengan individu lain

Untuk menjemput individu lain untuk melihat atau mengedit persembahan anda dalam awan, klik butang Kongsi di penjuru atas kanan tetingkap aplikasi. Dalam anak tetingkap Kongsi yang terbuka, anda boleh mendapatkan pautan perkongsian atau menghantar jemputan kepada individu yang anda pilih.


 Dapatkan bantuan PawePoin

Taipkan kata kunci atau frasa ke dalam kotak Beritahu saya perkara yang anda ingin lakukan pada reben untuk mencari ciri dan perintah PowerPoint yang anda inginkan, baca kandungan Bantuan dalam talian kami atau lakukan Carian Pintar pada Web.

 

Excel 2016

Excel 2016

Panduan Mula Ringkas

Pengguna baru Excel 2016 atau menaik taraf dari versi sebelumnya? Gunakan panduan ini untuk mempelajari asasnya.


 Mencipta sesuatu

Bermula dengan Buku kerja kosong untuk terus mula bekerja. Atau jimatkan masa anda dengan memilih kemudian menyesuaikan templat yang menyerupai perkara yang anda inginkan. Klik Fail > Baru kemudian pilih atau cari templat yang anda inginkan.


 Mencari fail terbaru

Sama ada anda hanya mengendalikan fail yang disimpan pada pemacu keras setempat PC anda atau anda merayau merentasi pelbagai perkhidmatan awan, mengklik Fail > Buka membawa anda kepada dokumen yang anda gunakan barubaru ini dan sebarang fail yang anda telah pinkan pada senarai anda.

  
Kekal berhubung

Perlu bekerja semasa dalam perjalanan dan merentasi peranti yang berbeza? Klik Fail > Akaun untuk mendaftar masuk dan mencapai fail yang anda gunakan baru-baru ini di mana-mana sahaja pada sebarang peranti melalui penyepaduan yang lancar antara Office, OneDrive, OneDrive for Business dan SharePoint.


 Mengesetkan keutamaan anda

Sesuatu tidak berfungsi seperti yang dijangkakan? Mudah sahaja untuk mengubah dan menyesuaikan opsyen pada bila-bila masa. Klik Fail > Opsyen kemudian sediakan Excel 2016 mengikut cara yang anda inginkan.


Menerokai perintah kontekstual

Anda boleh menjadikan perintah reben kontekstual tersedia dengan memilih objek yang relevan  dalam buku kerja anda. Contohnya, mengklik unsur carta memaparkan tab Alat Jadual dan mengklik mana-mana gambar selitan memaparkan tab Alat Gambar.


 Menyelitkan fungsi, membina formula

Pada tab Formula, klik Selitkan Fungsi untuk memaparkan anak tetingkap Pembina Formula. Di sini, anda boleh mencari dan menyelitkan fungsi, mencari sintaks yang betul dan dapatkan Bantuan yang terperinci tentang fungsi terpilih anda.



 Berkongsi kerja anda dengan individu lain

Untuk menjemput individu lain untuk melihat atau mengedit buku kerja anda dalam awan, klik butang Kongsi di penjuru atas kanan tetingkap aplikasi. Dalam anak tetingkap Kongsi yang terbuka, anda boleh mendapatkan pautan perkongsian atau menghantar jemputan kepada individu yang anda pilih.


 Dapatkan bantuan untuk Excel

Taipkan kata kunci atau frasa ke dalam kotak Beritahu saya perkara yang anda ingin lakukan pada reben untuk mencari ciri dan perintah Excel yang anda inginkan, baca kandungan Bantuan dalam talian kami atau lakukan Carian Pintar pada Web untuk kawasan lanjut.

Word 2016

Word 2016

Panduan Mula Ringkas

Pengguna baru Word 2016 atau menaik taraf dari versi sebelumnya? Gunakan panduan ini untuk mempelajari asasnya.



Mencipta sesuatu

Bermula dengan Dokumen kosong untuk terus mula bekerja. Atau jimatkan masa anda dengan memilih kemudian menyesuaikan templat yang menyerupai perkara yang anda inginkan. Klik Fail > Baru kemudian pilih atau cari templat yang anda inginkan.


 Mencari fail terbaru

Sama ada anda hanya mengendalikan fail yang disimpan pada pemacu keras setempat PC anda atau anda merayau merentasi pelbagai perkhidmatan awan, mengklik Fail > Buka membawa anda kepada dokumen yang anda gunakan baru-baru ini dan sebarang fail yang anda telah pinkan pada senarai anda.


Kekal berhubung

Perlu bekerja semasa dalam perjalanan dan merentasi peranti yang berbeza? Klik Fail > Akaun untuk mendaftar masuk dan mencapai fail yang anda gunakan barubaru ini di mana-mana sahaja pada sebarang peranti melalui penyepaduan yang lancar antara Office, OneDrive, OneDrive for Business dan SharePoint.


 Mengesetkan keutamaan anda

Sesuatu tidak berfungsi seperti yang dijangkakan? Mudah sahaja untuk mengubah dan menyesuaikan opsyen pada bila-bila masa. Klik Fail > Opsyen kemudian sediakan Word 2016 mengikut cara yang anda inginkan.


Menerokai perintah kontekstual

Anda boleh menjadikan perintah reben kontekstual tersedia dengan memilih objek yang relevan dalam dokumen anda. Contohnya, mengklik dalam jadual memaparkan tab Alat Jadual dan mengklik mana-mana gambar yang diselitkan akan memaparkan tab Alat Gambar.


 Memformatkan dokumen dengan gaya

Pada tab Rumah, di penjuru bawah kanan galeri Gaya, klik anak panah kecil untuk membuka anak tetingkap Gaya  yang anda boleh mencipta, menggunakan dan menyemak semula gaya pemformatan dalam dokumen semasa anda secara visual.


Berkongsi kerja anda dengan individu lain

Untuk menjemput individu lain untuk melihat atau mengedit dokumen anda dalam awan, klik butang Kongsi di penjuru atas kanan tetingkap aplikasi. Dalam anak tetingkap Kongsi yang terbuka, anda boleh mendapatkan pautan perkongsian atau menghantar jemputan kepada individu yang anda pilih.


Dapatkan bantuan untuk Word

Taipkan kata kunci atau frasa ke dalam kotak Beritahu saya perkara yang anda ingin lakukan pada reben untuk mencari ciri dan perintah Word yang anda inginkan, baca kandungan Bantuan dalam talian kami atau lakukan Carian Pintar pada Web untuk kawasan lanjut.