Kisah Nabi Idris A.S. Menikan Mata Iblis

Pada suatu hari, sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, tiba-tiba berdiri di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki memegang sebiji telur di tangannya. Katanya



"Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?"



Maka Nabi Idris a.s. memandang lelaki berkenaan dan baginda terus mengecam lelaki berkenaan sebagai iblis laknatullah.



Nabi Idris A.S. bersabda:



"Marilah ke sini dekat denganku, tanyalah apa yang engkau kehendaki."



Maka raja iblis itu pun mendekati baginda sambil mengulangi pertanyaannya :



"Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?"



Sahut Nabi Allah Idris A.S. :



"Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telur sebesar ini, bahkan ke dalam jarumku yang sekecil ini pun, Tuhanku Maha Berkuasa memasukkan dunia ke dalamnya"



Lalu dengan pantas Nabi Allah Idris A.S. pun menikam mata raja iblis dengan jarum. iblis pun terperanjat dan kesakitan lalu melarikan diri setelah menerima tandatangan Nabi Allah Idris A.S. yang telah menyebabkan ia buta sebelah matanya sehinggalah zaman kebangkitan Junjungan kita dan kekasih Allah S.W.T. iaitu Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.

No comments:

Post a Comment

نوتيس

BLOG INI DALAM PEMBAIKAN... MAKLUM