نوتيس

BLOG INI DALAM PEMBAIKAN... MAKLUM

Keajaiban Ciptaan Allah

ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR



SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH…



Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi...



Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Quran”.



Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.



Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam.



Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.



Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!



Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!



Orang yang tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!



Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam “sepenuhnya” kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.



PETUA IMAM SYAFIE



4 PERKARA UNTUK SIHAT



Empat perkara menguatkan badan



1. makan daging



2. memakai haruman



3. kerap mandi



4. berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan



1. banyak berkelamin (bersetubuh)



2. selalu cemas



3. banyak minum air ketika makan



4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata



1. duduk mengadap kiblat



2. bercelak sebelum tidur



3. memandang yang hijau



4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakkan mata



1. memandang najis



2. melihat orang dibunuh



3. melihat kemaluan



4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran



1. tidak banyak berbual kosong



2. rajin bersugi (gosok gigi)



3. bercakap dengan orang soleh



4. bergaul dengan para ulama



EMPAT CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI


Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.



2. TIDUR PARA ULAMAK & AHLI IBADAH


Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.



3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA


Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.



4. TIDUR SYAITAN


Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



P/S Kalau rajin... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara

Muslim-Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



Diambil : ???


Perbaik : Macam-macam Ada...



No comments:

Post a Comment

 

...ماچم-2 اد Copyright © 2011 All Rights Reserved. Remodify by admin Cenderawasih ii email hafizzahidan@gmail.com